loading...

4,673 Kes ‘Love Scam’ Babit Kerugian RM182.3 Juta

KUALA LUMPUR – Sebanyak 4,673 kes love scam direkodkan dengan melibatkan kerugian RM182.3 juta sepanjang tempoh 2013 hingga Mei tahun ini.

 

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, dalam tempoh tersebut juga Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menahan 1,773 individu yang terlibat dalam cinta online berkenaan.

 

“Siasatan mendapati modus operandi dengan suspek meletakkan profil lelaki berkulit putih, kacak, mempunyai pekerjaan hebat atau kaya untuk menipu mangsa.

 

“Setiap mangsa pula akan dipilih secara rawak,” katanya ketika menjawab di Dewan Rakyat di sini sebentar tadi.

 

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berhubung langkah dilakukan Kementerian Dalam Negeri melalui PDRM dalam membanteras Love Scam. – Kosmo!

Previous
Next Post »
loading...