loading...

Usaha Pencarian 7 Mangsa Lemas Masih Berjalan

KUALA LUMPUR – Lebih 40 anggota penyelamat daripada pelbagai agensi masih menjalankan usaha mencari dan menyelamat tujuh orang yang dikhuatiri lemas ketika memancing di sebatang sungai dekat Kem Sungai Buloh, Selangor hari ini.

Tinjauan Bernama sehingga 9 malam ini mendapati anggota penyelamat daripada Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia serta Jabatan Sukarelawan Malaysia masih berada di lokasi kejadian.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang Yazli Yahya, pasukan penyelamat kini menumpukan pencarian di kawasan jambatan di Kampung Paya Jaras Ulu sehingga ke Kampung Paya Jaras Hilir.

“Operasi ini diteruskan sehingga lapan kilometer sekitar Kampung Paya Jaras. Kedalaman air ketika ini adalah satu meter berbanding tujuh meter pada waktu kejadian,” katanya.

Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 5.42 petang mengenai kejadian itu. – BERNAMA

Loading...

Previous
Next Post »
loading...