loading...

Papa Boleh Hidup Balik? Sayunya Pertanyaan Anak Allahyarham Mejar Zahir Hadapi Pemergian Ayah

Kehilangan ayah yang disayangi memberikan kesan mendalam pada jiwa anak. Apatah lagi jika pemergian berlaku sekelip mata.

Demikian perasaan yang dilalui anak kepada anak kepada Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya. Penularan video dan foto bapanya di media sosial menimbulkan pelbagai persoalan kepada anak Allahyarham yang masih belum mengerti apa yang berlaku.

[Artikel berkaitan: “Baru Rasa Kasih Ayah” Bayi 6 Bulan, 4 Beradik Hilang Bapa. Isteri Sempat Tatap Foto Terakhir]

Menerusi perkongsian daripada Murni Clarkson di Facebook, dia menceritakan mengenai impak penularan video membabitkan pegawai komando itu kepada anak sulung Allahyarham yang disaksikan sendiri.

[Artikel berkaitan:Gugurnya Air Mata Isteri & Anak. Arwah Suami Cukup Baik Di Mata Kami Sekeluarga!]

Jelas wanita itu, semasa ahli keluarga dibenarkan untuk melihatkan jenazah Mohd Zahir, anak sulungnya berlari ke sudut & menangis.

“Kenapa org tu bunuh papa?”
“Kenapa dia tembak papa?”
“Siapa org yg tembak papa?”
“Ebil nak cari orang yg tembak papa..”

Anak sulung Allahyarham kemudiannya ditenangkan oleh ibu dan isteri-isteri pegawai yang lain dan memaklumkan kejadian berlaku ketika bapanya sedang dalam latihan dan penembak berkenaan tidak sengaja.

Mendengar kata-kata itu, anak sulung Allahyarham membalas “Jadi papa blh hidup balik?”

Tulis lagi, ternyata apa yang disuarakan menunjukkan anak kecil ini menganggap latihan tidak sepatutnya meragut nyawa.

Perkongsian ini menjadi tular dan dikongsi lebih 1,200 kali di Facebook. Dalam posting berkenaan, Murni percaya anak sulung Allahyarham berkelakuan sedemikian kerana ada individu menunjukkan video kemalangan yang meragut nyawa bapanya.

“Dia tak sepatutnya dipertontonkan kejadian hitam itu. Dalam dunia semuanya dihujung jari ini, menularkan video-video kemalangan seolah-olah dikejar oleh banyak pihak. Tidak sensitif dan tidak menghormati keluarga mangsa. Mental trauma ni boloh memberi impak negatif kepada perkembangan seorang kanak-kanak.

Susulan daripada itu, dia meminta orang ramai membunag video tersebut bagi menghormati keluarga mangsa.

“You wont see the adverse effects until it’s happen to your own family members. Saya dengan rendah hati, memohon buanglah video-video tersebut.

“Berikan ruang untuk anak-anak arwah meneruskan hidup seperti kanak-kanak lain.”

Jenazah Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya dikebumikan dalam majlis pengebumian Pegawai Komando 11 Rejimen Gerup Gerak Khas, di Tanah Perkuburan Islam Tambun dengan penuh adat istiadat ketenteraan pasukan semalam.

Mohd Zahir, 36, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Queen Elizabeth pada jam 9.28 pagi Rabu lalu selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi di Kem Lok Kawi, Sabah meninggalkan isteri, Nour Shafinar Harun, 31 dan dengan 5 orang anak termasuk bayi berusia 6 bulan.

Sumber: mstar.com.my

Previous
Next Post »
loading...