Zaman kini dan dahulu nyata berbeza cara kita mendidik anak-anak. Tanpa dunia digital dan moden seperti hari ini, anak-anak menjadi patuh dalam mendengar kata ibu bapa. Berbeza pula pada masa kini di mana anak-anak selalunya diarahkan dengan ketegasan saban hari, dek kerana tekanan kerja melampau.
Inilah yang seharusnya tidak berlaku pada cara didikan kita. Nak bertegas dengan anak-anak itu perlu namun perlu ada hadnya. Ini yang dikongsikan oleh Ibu Rose.
Dari mana anda mendapat kefahaman bahawa dengan garang anda boleh membina kematangan anak dengan cepat dan anak menjadi independent?
Ketahuilah bila marah-marah dan kasar dengan dia, anak itu akan menjadi degil dan mungkin akan menjadi hilang keyakinan diri, oleh itu menjadi dependent dan bukan independent.
Bila seseorang itu sering dimarah, dari segi otak, tenaganya banyak berpusat di bahagian otak paling bawah dimana BUKAN merupakan bahagian ‘otak berfikir’. Bahagian bawah atau otak reptilian nama gelarannya, (Ibu sudah pernah menulis mengenai perkara ini) menjaga keselamatan.
Bila dimarah selalu, anak merasakan keselamatannya terancam. Respons yang diberi ialah ‘lari’ atau ‘lawan’. Lari di sini bermaksud dalam diri anak itu ialah dia menjadi penakut, tiada keyakinan diri, asyik memencil diri, tidak pandai berkawan, ragu terhadap kebolehannya dsb. Lawan di sini, membawa kepada perangai DEGIL, tantrum, campak itu dan ini, sepak itu dan ini dan sebagainya.
Anak yang menjadi independent adalah anak yang mempunyai hormat diri yang tinggi. Untuk mempunyai hormat diri yang tinggi, anak perlu mempunyai kekukuhan kasih-sayang dari ibu dan bapanya.
Kekukuhan kasih-sayang di sini bukan bermaksud anak itu tidak boleh dimarah langsung. Boleh marah dengan cara yang berhemah dan tidak menunjukkan benci atau berasa benci kepadanya. Tunjukkan marah dan benci akan perbuatan yang salah itu. Ada perbezaan di situ.
Kita mesti ingat, ada perbezaan marah dan marah-marah. Marah sekali sekala untuk mendisiplin dan membentuk perangai anak, itu tidak mengapa. Garang bertempat dan garang kasih, itu maksudnya loving and firm. Itu okay.
Jika ibu itu benci pada anaknya, jangan hairan suatu hari nanti bila ibu itu sudah tua atau anak sudah remaja, dia pula akan benci pada ibunya. If you continue this way of parenting you are moving towards a destruction in your relationship with your child.
Ambillah langkah membetulkan corak parenting anda dan berusahalah. Mungkin akan payah, namun jika dibuat dengan ikhlas, ganjaran baik akan puan raih InsyaAllah. Semoga perkongsian Ibu kali ini membantu anda dalam parenting.