
Gambar hiasan
Dalam kejadian kira-kira jam 12.45 tengah hari itu, mangsa berusia 25 tahun yang bekerja di tempat sama dengan suspek berusia 21 tahun itu, dirogol kekasih gelapnya itu selain gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam suspek menggunakan telefon bimbit.
Mangsa yang mempunyai dua anak sebelum itu menjalin hubungan dengan lelaki berkenaan sejak Julai lalu sebelum dia mendakwa dirogol lelaki itu dalam bulan sama.
Jurucakap polis berkata, kecurangan isterinya disedari suaminya apabila mengesyaki berlaku perubahan ketara termasuk dingin ketika mereka melakukan hubungan seks.
Menurutnya, suaminya kemudian menyiasat sebelum isterinya mengaku dirogol teman lelakinya itu di tangga tempat kerja mereka, malah gambarnya dalam keadaan bogel turut dirakam
Katanya, selepas perbuatan itu, suspek mengajak mangsa melakukan hubungan seks beberapa kali, tetapi mangsa menolaknya.
“Selepas kejadian itu, mangsa dikatakan tidak lagi berjumpa dengan suspek sebelum hubungan cinta terlarang yang dijalinkan sejak beberapa bulan itu terbongkar dan diketahui suaminya.
“Berikutan itu, suami mangsa bertindak mencari suspek di tempat kerjanya. Suspek dikatakan dipukul sebelum ditahan dan diserahkan kepada polis kerana disyaki merogol mangsa,” katanya.


Like kami di facebook untuk menerima update terkini terus ke wall facebook anda.

Penjelasan Berkenaan Insiden Kebakaran Stesen Miny ...

Ustazah Asma Harun Tegur Wanita Muslim Berjoget S ...

Kebakaran Putra Heights : Punca, Kronologi & P ...

Harga Bakal Naik, Desktop Dan Gpu Terkesan Denga ...