Sedikit berita gembira untuk skuad badminton negara apabila pemain beregu professional negara, Goh V Shem/ Tan Wee Kiong berjaya merangkul gelaran kedua pada tahun ini. Sebentar tadi, pemenang pingat Perak Olimpilk 2016 itu berjaya menumpaskan pasangan Korea Selatan Choi Solgyu/ Seo Seung Jae dalam satu pertarungan sengit 21-19, 15-21,23-21.
Pasangan negara yang berada dalam ranking 15 dunia itu berjaya memenangi kategori beregu lelaki ini dengan menumpaskan pasangan dalam ranking 18 itu. Menariknya dalam aksi penentuan mereka ketinggalan 6-14 sebelum bangkit untuk memenangi perlawanan dalam aksi epic ini. Kemenangan ini akan memberikan petanda positif untuk mereka kembali ke dalam prestasi terbaik. Meskipun kemenangan kali ini bukanlah sesuatu yang hebat memandangkan ramai pemain beregu dunia tidak bertanding namun ia boleh menjadi batu loncatan kepada pasangan negara ini untuk mengumpul mata untuk ke Olimpik 2020 di Tokyo tahun hadapan.
Dalam acara lain pula, juara bertahan Lee Zii Jia nampaknya tidak konsisten dan ditumpaskan seawal pusingan kedua kepada perseorangan Indonesia yang tidak diberikan piihan iaitu Shesar Hiren Rhustavito. Ini sedikit sebanyak mengusarkan peminat badminton yang mengharapkan sinar kepada pemain berusia 21 tahun yang diletakkan selaku pilihan keempat kejohanan ini. Seorang lagi pemain perseorangan, lelaki negara berjaya melangkah ke suku akhir dan bertarung dengan pemenang kejohanan dari Taiwan yang juga pemain no 2 dunia dari Taiwan, Chou Tien Chen dengan keputusan rubber set. Dua lagi wakil iaitu Liew Daren dan Soong Joon Ven pula ditumpaskan pemain dari Perancis, Thomas Rouxel.
Dalam acara wanita tiada wakil beraksi di sini. Agak merugikan kerana sepatutnya terdapat pemain-pemain negara beraksi di kejohanan ini kerana ramai pemain utama tidak beraksi dan sepatutnya boleh meningkatkan keyakinan.
Dalam acara beregu selain Goh V Shem/Tan Wee Kiong, Malaysia diwakili oleh Goh Sze Fei. Nur Izzuddin tetapi terpaksa akur tumpas kepada pilihan pertama dari Indonesia, Fajar Alfian/ Muhammad Rian Ardianto. Aaron Chia/Soh Wooi Yik pula berjaya melangkah ke suku akhir namun tumpas kepada pasangan Korea Selatan.
Dalam acara beregu wanita pula Yap Rui Chen dan Yap Yee tidak mampu untuk melangkah ke pusingan kedua selepas tumpas straight set kepada pasangan tuan rumah.
Bagi acara beregu campuran pula, Goh Liu Ying/Chan Peng Soon yang diletakkan selaku pilihan pertama tumpas mengejut di separuh akhir kepada pasangan Hong Kong. Hoo Pang Ron/Cheah Yee See pula sekadar melangkah ke pusingan kedua sebelum ditunjukkan jalan pulang oleh pasangan Indonesia manakala pasangan Chen Tang Jie/ Peck Yen Wei pulang awal di pusingan pertama.
Kredit Gambar : BadmintonThaiToday.com
Please follow and like us: