loading...

“Dalam Perkahwinan Kita Kena Happy, Di Rumah Telefon Letak Jauh-Jauh, Sekali Sehari Mesti Makan Sama-Sama,” Alif Satar Beri Pesanan Buat Suami!

Pelakon dan pengacara yang satu ini begitu digilai kerana sering membawakan watak-watak suami penuh berkarisma. Hakikatnya dalam kehidupan peribadinya sendiri, Alif Satar sememangnya merupakan seorang suami dan ayah yang begitu penyayang kepada isteri dan anak-anaknya.

Terbaru, ayah kepada Ariana Mecca dan Alisha Anugerah ini berkongsi tip rumah tangga dan bahagianya menerusi sebuah video yang dikongsikan oleh Zayan.My.

Kongsi Aliff, isteri adalah segalanya. Pernah berhadapan dengan pelbagai dugaan dan isterinya, Sha Dila Halid sentiasa menjadi penguat semangatnya kala berhadapan situasi sebegini.

“Bagi saya dalam perkahwinan kita sendiri kita happy, kita cari kegembiraan bersama. Kena sama-sama bahagia. Setiap pasangan perlu sokong antara satu sama lain dari segi mental, fizikal dan spritual. Saya rasa inilah kunci kepada kejayaan sebuah perkahwinan.

Komunikasi juga adalah perkara penting dalam setiap perhubungan kerana dari situ pasangan masing-masing tahu tahap ego sendiri. Kita ibarat dalam satu pasukan, rasanya tak berbaloi kalau kita ego. Sebaiknya biarlah mengaku kalah sebelum perkara yang tak diingini berlaku.

Bila saya jatuh dia yang bantu saya dan beri kata-kata semangat untuk saya teruskan seperti biasa. Dia sentiasa jadi penyuntik semangat saya.

Bukan senang nak jaga anak-anak sendirian di rumah, lebih-lebih lagi bila kerja dan balik ke rumah kena jaga anak lagi. Bagi saya satu penghargaan atau penghormatan kepada para ibu di luar sana yang bekerja. Itu bukanlah perkara yang senang kerana anak-anak ada karenah masing-masing. Pengorbanan paling besar sekali adalah ketika menjaga anak-anak di rumah semasa ketiadaan saya.

Alif mendirikan rumah tangga pada September 2014 dan bakal menyambut kelahiran anak ketiganya sedikit masa lagi. Tambah Alif lagi, setiap pasangan suami isteri perlu bijak meluangkan masa bersama agar hubungan terjalin mesra.

” Kalau di rumah, kita sebagai suami kena faham tanggungjawab kita, tunjukkan rasa sayang pada isteri. Kalau di rumah, telefon boleh letak jauh-jauh. Suami isteri perlu duduk setempat, walaupun tak bersembang tapi duduk tengok TV sama-sama, membaca dan banyak lakukan aktiviti bersama. Itu yang akan menjalinkan hubungan antara satu sama lain.

Perkara paling penting dalam rumah adalah meja makan. Sekurang-kurangnya sekali sehari kena makan sama-sama, sarapan, makan tengah hari dan makan malam sama-sama. Sebab bila makan kita kongsi dan makan bersama-sama,” kongsi Alif lagi.

Kredit: Zayan.My dan @alifsatar

Previous
Next Post »
loading...