loading...

4 Bulan Dalam Kandungan Ibu Koma, Bayi ‘Ajaib’ Selamat Dilahirkan

Kasih ibu tiada tandingannya dan tidak boleh disangkal. Kekuatan seorang ibu yang koma selama lebih kurang 4 bulan ini menjentik hati semua orang apabila anak yang dikandungnya selamat dilahirkan meskipun terpaksa menggunakan kaedah pembedahan caesarean.

Bayi perempuan yang berada dalam kandungan ibu selama 117 hari itu selamat dilahirkan dengan berat 2.13 kilogram dan berukuran 432 sentimeter di Hospital Universiti di Brno, Czech 15 Ogos lalu.

Ibu bayi ajaib yang merupakan seorang wanita Republik Czech dimasukkan ke hospital April lalu selepas tidak sedarkan diri akibat diserang strok. Pada ketika itu, peluang untuk ibu hamil itu hidup amat tipis namun bayi dalam kandungannya yang telah berusia 15 minggu itu boleh lagi diselamatkan.

Wanita berusia 27 tahun itu berada di bawah sokongan hidup secara tiruan untuk membolehkan anak dalam kandungan terus bertahan. Doktor memastikan jantung, paru-paru, buah pinggang dan organ lain wanita itu stabil semasa memantau janin.

Tambahan pula, kakinya juga kerap digerakkan untuk mensimulasikan pergerakan seolah-olah sedang berjalan bagi membantu pertumbuhan anaknya.

Sepanjang tempoh itu, jururawat di hospital bercakap dengan bayi yang berada dalam kandungan ibunya manakala neneknya pula membacakan buku cerita.

ARTIKEL LAIN:[ “Dia Sangat Penyayang…”Ibu Hamil Menunggu Hari Maut Kemalangan, Pergi Bersama Bayi Dikandung ]

Bagaimanapun, selepas bayi itu selamat dilahirkan pada minggu ke 34, doktor membuat keputusan untuk mencabut sistem sokongan hidup ibunya.

Sumber : Harian Metro

Previous
Next Post »
loading...