loading...

Tak Perlu Jaga Api Dan Kacau Sentiasa, Masak Bubur Paling Praktikal Wajib Cuba, Superb!

Mana-mana ibu yang bekerja pasti berdepan dengan masalah menyediakan bubur untuk anak, bila mana anak sudah bersedia menerima makanan pejal. Nak masak bubur setiap pagi bukanlah mudah kerana mengambil masa yang agak lama.

Tak hanya masa, api juga perlu sentiasa dipantau. Harus dikacau sentiasa supaya tak kering dan sudahnya hangus tanpa sedar. Pening juga kalau berdepan dengan kes hangus setiap hari.

Perkongsian Dr Nurilyani Bujang ini memang menarik. Tak ada masalah bubur kering, malah bubur hangus pun tak akan berlaku lagi. Wajib cuba tip ni.

Tip Paling Efisyen Untuk Mama


Anak kecil yang berumur enam bulan ke atas sudah boleh diperkenalkan dengan makanan tambahan seperti bubur nasi. Sewaktu anak saya yang sulung masih kecil, saya mempunyai masalah untuk memasak bubur segar dalam kuantiti yang amat sedikit.

Saya pula jenis yang tak suka simpan makanan, apa lagi makanan bayi. Kebiasaannya jika saya memasak, saya hanya pastikan ianya cukup cukup, tidak berlebihan untuk mengelakkan pembaziran.

Kerapkali periuk kecil saya hangus, bubur terkering ataupun terlebih air. Sehinggalah saya berjumpa dengan pasangan Prof Lucy (pakar paediatrik) dan Prof Patrick (pakar bius) . Mereka adalah pasangan yang pernah berkhidmat di PPUM.

Prof Lucy memberikan tips ini kepada saya. Saya berharap ibu ibu lain juga boleh mencuba. Kaedah double boiling ini amat mudah, tak perlu jaga api, tak hangus. Rasa bubur juga lebih enak.

Boleh scroll gambar untuk cara cara membuatnya. Moga hidayah dan rahmat Allah sentiasa berterusan pada pasangan professor.

Saya suka gunakan beras Sunwhite. Banyak beras saya dah cuba. Buat masa ini, beras yang mempunyai tekstur yang saya suka adalah Sunwhite.

Anak saya hanya makan secangkir beras yang dijadikan bubur setiap hidangan. Saya sukat beras anak gunakan cangkir susu tepung.

Beli mangkuk stainless steel seperti di atas. Pastikan mangkuk kecil dan boleh diteluskan di tengah tengah periuk nasi. Mangkuk di atas, saya beli di pasaraya dengan harga rm 5.

Kuiskan sedikit beras untuk nasi ke tepi dan teluskan mangkuk berisi beras dengan sukatan air yang sesuai untuk bubur tersebut.

Tekan butang ON. Tutup periuk seperti biasa.

Semangkuk bubur untuk bayi siap bersama sama dengan nasi segar untuk ahli keluarga yang lain.

Kalau tak masak nasi, nak letak air sahaja dalam periuk nasi tu pun boleh.

Kredit: Dr Nurilyani Bujang

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...