Banyak perkara yang kita perlukan kerjasama anak untuk buat. Tapi anak susah nak buat, malah tidak mengendahkannya. Di mana silapnya?
Mungkin ada ibu bapa akan mengambil jalan mudah untuk menakut-nakutkan anak supaya apa yang disuruh dilaksanakan dengan cepat. Natijahnya, anak hanya akan buat bila ditakut-takutkan, dan sampai bila kita mampu untuk menakutkan mereka?
Menurut kaunselor, Puan Farhan menyatakan penting bagi kita untuk mewujudkan rasa suka dan seronok kepada perkara yang dilakukan oleh anak.
MENAKUTKAN MEMBERI KESAN KURANG BAIK
Menanam rasa suka, cinta dalam diri anak-Menggerakkan anak melakukan sesuatu tanpa menakutkan mereka. Pada suatu hari, Amira tidak mahu makan sayur dan ibunya berkata
“Kalau kamu tidak makan sayur, nanti hantu sayur akan datang gigit kamu”
Dengan perasaan takut anak ini makan juga sayur yang di masak oleh ibunya kerana takut pada hantu.
Si ibu berasa puas hati kerana berjaya membuatkan anaknya makan sayur.
Namun, kalau kita renungkan kembali. Adakah cara ini baik untuk anak anak?
Setiap kali mereka tidak mahu berbuat sesuatu kita takutkan mereka agar mereka menjadi lemah dan segera tunduk kepada kita.
Benar, cara ini memang berkesan. Namun, kesannya sangat tidak bagus untuk anak anak.
JANGAN GERAKKAN ANAK DENGAN PERASAAN TAKUT
Mengapa kita perlu sentiasa menakutkan anak.
Dalam menyuruh anak melakukan sesuatu perkara, jangan gerakkan anak dengan perasaan takut. Sebaliknya, usahakan untuk menanam rasa suka dan cinta kepada perkara itu. Itu lebih baik kerana anak itu akan digerakkan dengan motivasi yang terbit dalam dirinya sendiri.
Contoh:
Anak anda suka menyepahkan rumah. Anda mahu anak anak mengemas rumah. Bagaimana caranya?
Sebelum ini viral post yang ibu menakutkan anaknya dengan memakai kostum dan menyama menjadi satu makhluk agar anaknya takut dan tidak menyepahkan rumah lagi.
Tetapi, saya terfikir satu hal, adakah setiap kali kita mahu anak berbuat sesuatu kita harus takutkan mereka?
Tidak bolehkah kita tanamkan rasa suka mengemas rumah dalam diri anak anak?
- Buat satu permainan siapa cepat kutip sampah dia akan menang.
- Buat pertandingan bilik paling bersih
- Beri tugas kecil kepada setiap anak
WUJUDKAN RASA SERONOK
Usaha untuk buat sesuatu yang akan menanam rasa seronok dan akhirnya membangkitkan rasa suka untuk mengemas rumah berbanding mengotorkannya.
Kemudian, terangkan kepada anak anak perkara sebenar, apa yang akan berlaku jika rumah nya kotor. Apa akibatnya?
Nanti kuman akan merebak
Rumah berbau busuk.
Itu lebih baik berbanding menakutkan anak dengan hantu jembalang.
Begitu juga jika anak susah makan sayur.
Jangan amalkan mengugut anak dengan hantu sayur dan sebagainya.
Sebaliknya buat anak jatuh cinta dengan sayur.
Ceritakan kelebihan bila anak makan sayur.
Nanti kulit jadi cantik
Nanti mata akan jadi cerah
Nanti badan jadi kuat
KESAN ANAK YANG SELALU DITAKUT-TAKUTKAN
Apabila kita menakutkan anak, bukan sahaja jiwanya lemah, malah ia juga tidak memberi kesan yang lama. Mungkin ketika kecil dia akan takut, sebaliknya bila sudah besar tidak akan terkesan lagi. Tetapi, apabila kita bangkitkan rasa suka dan sayang kepada sesuatu aktiviti dan perkara yang mereka perlu lakukan, pastinya ia akan dibawa sehinggah anak itu besar.
CERITA YANG BAIK-BAIK & POSITIF
Anak anak kecil, apabila kita mahu mengajar sesuatu kepada mereka, mulakan dengan menyebut cerita yang baik-baik.
Apabila kita mengajar tentang Alalah, kita bukan mulakan dengan hukuman dalam neraka sebaliknya kita ceritakan tentang seronoknya syurga.
Siapa buat baik Allah sayang
Siapa sayang adiknya Allah sayang
Siapa suka tolong ibunya Allah sayang.
Bila anak suka pukul adiknya, jangan kita kata
“Pukul adik, masuk neraka nanti”
sebaliknya cuba ubah ayat itu kepada ayat yang positif dan penuh cinta.
“Kalau abang buat baik dengan adik, selalu main baik baik nanti Allah sayang, masuk syurga nanti”
Biarkan jiwa anak dipenuhi dengan perkara yang baik-baik dan positif sahaja dahulu agar perbuatannya mengarah kepada yang baik baik sahaja dahulu.
Sumber: Puan Farhan