
PORT DICKSON: Calon bebas pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, Tan Sri Isa Samad menafikan dakwaan bahawa pihaknya memberikan makanan percuma kepada pengundi semasa proses pembuangan undi hari ini.
Sebaliknya, Isa yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata ia dilakukan sendiri oleh penyokongnya.
“Itu bukan saya (yang buat), makan dibuat orang penyokong
Mengulas lanjut Isa mendakwa Pakatan Harapan juga ada memberikan air percuma kepada pengundi mereka.
“Kalau nak mengadu dia (HARAPAN) pun kita lihat bagi air percuma,” tambahnya.
Malaysiakini hari ini melaporkan hidangan nasi Arab Damsyik itu disedikan secara percuma oleh pihak tertentu kepada pengundi dan petugas pilihan raya berhampiran pusat mengundi di Pasir Panjang, Linggi awal hari ini.
Hidangan percuma itu diletakkan berdekatan jalan masuk ke SJK (C) Chung Hua dari jam 9 pagi hingga 12 tengah hari.
Pengundi yang melewati laluan berkenaan dipelawa menjamu selera Nasi Arab Damsyik, berserta daging dan ayam.
Malaysiakini pada mulanya diberitahu makanan percuma itu ditaja oleh salah seorang calon, namun tiada sesiapa mengakuinya.
Gambar pengundi diberikan makanan percuma pada hari mengundi itu turut ditularkan di media sosial.
Calon Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika ditemui media menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyiasat perkara itu.

#hiburan: Disindir Mahu Kahwin Sebelum Selesaikan ...

Ferrari Harap Cuaca Panas Bakar Semangat Di Bahr ...

Dari Rahim Yang Sama Lakonan Nabila Huda,mhia Fird ...

#hiburan: Zahnita Didakwa Putar Belit Cerita, Beka ...