
GEORGETOWN: Tiga maut, manakala 12 lagi buruh binaan jalan
raya berkembar di Bukit Kukus di sini, dikhuatiri masih tertimbus selepas kontena didiami mereka terbabit dalam kejadian tanah runtuh, sebentar tadi.
Dalam kejadian jam 2 petang itu, sebahagian kawasan pembinaan lebuh raya berkembar yang menempatkan kediaman buruh binaan projek terbabit terbalik ekoran hujan lebat.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Saidon Moktar, berkata kawasan runtuhan itu dianggarkan seluas 1,000 kaki persegi.
“Kejadian ini membabitkan empat kontena buruh binaan lebuh raya berkembar ini yang tertimbus ekoran kejadian runtuhan tanah berkenaan.
“Mayat pertama ditemui kira-kira jam 3.40 petang tadi, manakala operasi mencari dan menyelamat mangsa lain masih diteruskan,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, sebentar tadi.

Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu Repost Foto Lucah Di ...

Wanita Sakit Hendak Bersalin Meninggal Dunia Dalam ...

Macam Budak-budak! Guna Karikatur Tindakan Tak Mat ...

Meski Had Umur 18+, Hyper Knife Berjaya Duduki N ...