
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan berbincang dengan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berhubung kedudukan Presiden UMNO itu yang sedang berdepan dengan 45 tuduhan rasuah dan pecah amanah.
Bagaimanapun, Najib yang juga bekas Presiden UMNO menegaskan sebarang keputusan membabitkan kedudukan Ahmad Zahid akan diputuskan pengurusan tertinggi UMNO.
“Saya tiada dalam kepemimpinan UMNO, jadi biar perkara ini dihadapkan kepada kepemimpinan UMNO.
“Saya tiada pendapat dalam hal ini (cadangan supaya Ahmad Zahid bercuti). Apa-apa pun saya akan bincang dengan Zahid dalam hal ini,” katanya kepada media di lobi Parlimen, hari ini.
Bagaimanapun, Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa, sebelum ini berkata prosedur operasi standard (SOP) kepemimpinan tertinggi bercuti jika dihadapkan ke mahkamah tidak terpakai dalam kes Ahmad Zahid kerana ia dibuat ketika UMNO menjadi kerajaan.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan, pula sebelum ini berkata Ahmad Zahid mungkin perlu berehat sementara daripada menjalankan tugas partinya berikutan tuduhan berkenaan.
Mohamad berkata, prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan pada tahun 2009 yang memerlukan pemimpin tertinggi bercuti jika mereka berdepan tuduhan jenayah di mahkamah.

Prk Ayer Kuning: Tak Boleh Guna Jentera, Peruntuka ...

Nam Yoon Su Mohon Maaf Isu Repost Foto Lucah Di ...

Penceroboh Haram Musang King Raub Sekat Laluan Peg ...

Memancing Ikan Keli Di Jalan Berlubang ...