loading...

Sharifah Shahirah Selalu Buat Lawak Tapi Sebenarnya Ibu Yang Tegas. 5 Anak 5 Karakter Berbeza!

Mendidik dan membesarkan lima anak, Sharifah Shahirah Al-Khaired atau Shiera akui ia memang mencabar. Nampak karakternya selalu bersahaja dan sporting tapi Shiera adalah ibu ini amat mementingkan anak-anaknya.

Lima anaknya ialah Allisya, 20, Airell, 14, Airra, 11, Auddra, 9 dan Adeena, 2 masing-masing memang manja dengan mama. Walau pun penuh dengan humor, sisi keibuan Shiera adalah kontra. Dia ibu yang amat tegas dalam mendidik. Hos rancangan Pa&Ma musim kedua ini sempat berkongsi dengan Pa&Ma tentang pengalaman dan cabarannya sebagai ibu beranak 5.

Pembahagian masa antara kerjaya dan keluarga

Pagi selalunya saya akan  shooting. Kalau tak ada shooting, saya akan ke pasar untuk dapatkan keperluan di rumah. Periksa barang keperluan rumah dan pastikannya cukup. Kalau ada shooting saya akan ke lokasi dan saya akan balik lunch di rumah. Pembantu saya akan memasak tapi adakalanya saya memasak juga sajian tertentu kalau saya ada teringin sesuatu menu.

Sebelah petang pula saya akan bertugas di konti radio sehingga malam.  Dan waktu malam barulah tiba masanya saya bersama anak-anak. Masa inilah kami akan berborak-borak tentang pelbagai perkara seperti perkembangan mereka di sekolah, apa yang berlaku pada hari itu. Kemudian masing-masing akan tidur.

Masa makan dan video call

Masa makan dan masa anak-anak sudah balik sekolah adalah waktu keemasan saya boleh bersembang dengan anak-anak. Dan mereka pula, kalau dah lama tak bersembang dengan saya akan buat video call setiap masa. Tak kira masa live kat radio pun mereka akan cal. Dari Alisya yang umur 20 sampai lah si kecil Adeena yang setahun lebih. Mereka tahu mak mereka sibuk dalam beberapa bulan ini. Kalau saya tak sibuk, saya akan bawak mereka buat aktiviti yang mereka suka.

Anak obses dengan mama!

Saya layan anak-anak setiap masa dan berinteraksi. Kami banyak berbual dan meluangkan masa besama pada masa terluang. Selepas solat adalah masa untuk melihat mereka membaca Al-Quran, masa makan untuk update apa yang berlaku di sekolah dan sebagainya.  Anak-anak mungkin obses dengan mama mereka! Even saya ke tandas pun masih anak-anak mencari nak borak!

Karakter seperti mak dulu-dulu

Saya ni macam mak dulu-dulu, memang garang! Tapi saya ambil pendekatan menegur dan menerangkan apabila anak buat salah, kenapa dan kesan perbuatan mereka. 5 anak 5 perkara yang berlainan, memang mencabar!

Anak-anak saya dari usia remaja hingga yang bayi kecil memang perwatakan mereka berlainan. Adeena banyak mengikut perangai kakak-kakaknya. Ada juga anak saya yang pendiam macam si ayah mereka. Anak saya Alisya walau pun dah besar masih lagi akan tanya pada saya dulu kalau nak buat sesuatu. Tapi masing-masing tahu kesibukan saya dan akan menelefon jika perlukan sesuatu. Even ketika saya buat tugasan emcee pun anak-anak akan melelefon dan beritahu “mama, laparlah” macam lah dalam peti ais tak ada makanan! (ketawa)

Tegas dan mesti ada serious talk

Kalau saya jerit suruh mandi, saya rasa anak jiran sebelah pun pegi mandi sekali! Sebab saya jerit macam nak keluar anak tekak. (ketawa) Saya adalah ibu yang garang dan ibu yang dulu-dulu, agak kasar tapi mereka semua tak takut. Mesti kena explain in a serious way, mesti bercakap. Dalam garang-garang ada serious talk juga dengan mereka.

Apa yang amat tekankan dalam mendidik anak?

Sekolah kehidupan, kebersihan dan berdikari. Walau pun mereka tidak berdikari lagi, saya dan Ijoy tetap menekankannya. Saya juga sealu beritahu mereka supaya jangan suka menyusahkan orang, jangan menyakiti hati orang lain, jangan jadi netizen yang tidak bijak, jangan buat video-video yang tidak elok. Saya terangkan apa yang terjadi sekarang. Pendidikan seks, ya saya terangkan ia kepada mereka walau pun masih belum tahu sebagai pengetahuan asas.

Bertutur bahasa Inggeris dan bahasa Melayu di rumah

Anak saya belajar bahasa Inggeris sendiri dan saya pun sedikit demi sedikit belajar dari mereka dan kami akhirnya boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris. Lama kelamaan terbiasa. Namun Bahasa Melayu pun masih jadi bahasa komunikasi kami dan penguasaan mereka semakin bagus. Saya bangga. Mereka semua belajar di sekolah cina dari darjah 1 hingga 4 dan darjah 5 akan ke sekolah aliran biasa semula.

Anak-anak mempunyai ikatan yang kuat

Saya dan suami kami jenis yang rapat dengan adik beradik. Apa-apa pun keluarga is number 1. Kami kalau pergi bercuti, ibu mertua pun saya akan angkut sekali. Memang family 1st. Mak dan mak mertua pun dah didik kami supaya rapat dengan adik beradik.

Anak-anak saya ada yang iri hari antara satu sama lain, saya kena sentiasa pantau dan ajar mereka. Perkara ini penting kerana tidak mahu nanti esok bila dah besar rasa iri tu menjadi masalah besar. Ini kerana saya, kakak dan Sakinah tiada sifat-sifat itu semua. Kami amat rapat!

Saya didik mereka supaya cakap kalau tak puas hati, jangan simpan dalam hati. Cakap terang-terang dan jangan cakap belakang. Selain itu, mesti kena cepat memaafkan antara satu sama lain.

Foto: Instagram Shiera Al-Khaired

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...