
KUALA LUMPUR: MCA tidak akan keluar daripada Barisan Nasional (BN), kata bekas Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.
Menurut Ahli Parlimen Rembau itu, beliau sudah merujuk perkara berkenaan dengan calon presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong.
“Saya tidak akan
“Bagi saya, saya dah rujuk kepada Wee Ka Siong, beliau cakap dia (MCA) akan bersama dengan BN,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai kenyataan Chua yang mahu membawa MCA keluar daripada BN jika menjadi presiden parti itu.
Khairy berkata berliau yakin Wee akan menang sebagai presiden dalam pemilihan MCA dan seterusnya akan bersama UMNO dan parti perikatan lain dalam memulihkan dan menguatkan kembali BN.
“Saya dah bincang dengan Wee yang merupakan calon yang saya rasa berkemungkinan besar dia menang.
“Yang mana kelemahan dalam BN sama ada UMNO, MCA dan sebagainya kita akan berdepan bersama tapi janganlah cakap nak tinggalkan BN dan sebagainya,” tambahnya.

Tapi Mestilah Kami Perlu Minta Kebenaran Terlebih ...

Lelaki Maut Ketika Bantu Mangsa Kemalangan, Diremp ...

Traveloka Promo Epic Sale 2025 Diskaun Sehingga ...

Warga China Jelaskan Dia Ada Lesen Memandu, Lambor ...