loading...

Bayi Dah Sebesar Limau! Gelagat Sam & Syatilla Scan Baby, Excitednya Sama Macam Mengandung Yang First Juga

Wah cepatnya membesar adik Syeriv, Syatilla kata dah sebesar sebiji limau! Jom tengok gelagat Syatilla & Sam masa buat pemeriksaan dan imbasan kepada bayi dalam kandungan ini.

Walau pun ini adalah kehamilan ketiga (selepas Syatilla keguguran beberapa bulan lalu), pasangan ideal Shaheizy Sam & Syatilla Melvin tetap teruja. Sam pula buat lawak, bertanya kepada doktor tentang ukuran lilitan pinggang dan saiz tali pinggang bayi dalam kandungan.

Video ini diikuti dengan kapsyen ini;

Semoga allah pelihara anak ini selamanya️amin ya rab️berapa hari ja lagi nak hbiskan shooting,lepaihtu boleh rest sungguh2 sebab badan penat tuhan ja la yg tau😭 bapak hang xbetoi la ibu rasa,nak beli belt dgn seluaq kat anak yg besaq buah oren dalam peqhot

Para peminat tak sabar nak tunggu kelahiran adik Syeriv, malah ramai yang meneka jantina bayi.

Sumber: samtilla


Keajaiban anak kembar menjadikan ia sangat unik. Nak tahu lanjut mengenai anak kembar dan kelahiran anak kembar, boleh ikuti rancangan TV  Pa&Ma bertajuk ‘Dunia Si Kembar’ Selasa depan, 23 Oktober 2018 jam 12 tengah hari dan ulangannya 9 malam di Astro Prima dan Astro Maya HD.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...