loading...

Ibu Menyusu Jangan Hanya Obses Mengepam! Fahami Kenapa Perlu Ada Stok Susu Ibu & Keperluannya

Ibu yang menyusukan bayi, tentu mahu memberikan susu ibu secara eksklusif selama 6 bulan pertama dan diteruskan dengan makanan pelengkap sehingga dua tahun. Justeru, ramai yang teruja untuk mengepam susu/ memerah untuk menyediakan stok susu bagi bayi mereka.

Perkara ini amat baik tetapi adalah stok susu tersebut tidak dibazirkan? Bagi ibu yang berniat untuk menjadi ibu susuan, maka stok susu yang banyak memang tidak akan membazir kerana setiap titisan emas itu akan diminum oleh anak-anak susuan.

Namun, bagaimana bagi ibu-ibu yang hanya memerah untuk melihat stok yang banyak hingga berlebihan tetapi tidak digunakan kerana tiada keperluan dan suami pula tidak membenarkan mereka mengambil anak susuan. Ia sudah tentu dibazirkan.

Kaunselor Laktasi Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman mengupas mengenai isu ini.

APA TUJUAN SEBENAR KITA SIMPAN SUSU PERAHAN?

Kalau anda berniat kumpul stok beku banyak-banyak sebab nak jadi ibu susuan saya sokong 100% tapi kalau anda cukup kumpul banyak-banyak niat untuk stok anak sahaja, saya langsung tak setuju sebab baby bawah 6 bulan sepatutnya dibekalkan yg fresh lebih byk dr yg frozen! Lagi pun tempoh hayat susu paling lama digalakkan hanya 6 bulan (dalam deep freezer)

Susu ibu antara sumber bekalan antibodi anak kerana bawah 6 bulan badan anak masih “tak pandai” untuk bina antibodi sendiri jadi mereka perlukan lebih banyak susu fresh dr pada susu ibu perahan yang dibekukan (frozen). Jika mampu bekalkan yang fresh itu lebih baik.

SUSU IBU PERAHAN LEBIH BAIK DARIPADA SUSU FORMULA

Susu ibu perahan yang dibekukan kualitinya memanglah jauh lebih baik daripada susu formula tetapi susu fresh/chilled jauh lebih berkhasiat dan berkualiti berbanding susu ibu yang frozen. Ini kerana peratus kandungan protien, nutrisi dan antibodi semakin berkurangan bila disimpan terlalu lama dan mengalami perubahan suhu dan bentuk fizikal.

Untuk berjaya dalam penyusuan selain merancang kehamilan seterusnya, paling penting adalah komitmen yang mampu ibu berikan setelah kembali bekerja. Ini kerana waktu siang anak langsung tak bersama ibu jadi ibu gantikan rangsangan pada badan menggunakan pam susu supaya badan terus dapat signal permintaan untuk hasilkan susu.

JANGAN HANYA TERIKUT-IKUT

Berbanding waktu pantang anak sentiasa bersama kita, jadi permintaan kepada badan untuk menghasilkan susu boleh diwujudkan oleh anak sendiri. Jika mahu kumpul stok untuk kembali bekerja cukuplah perah 1 atau 2 sesi sahaja (sebelum subuh / sebelum tidur). Tak perlu pun berpuluh oz sehari.

Dapat kumpul sikit-sikit pun dah ok..sehari 2oz purata sebulan dh dpt 60oz 2 bulan cuti dah dapat 120oz. Ini sudah lebih dari cukup sebab puan-puan hanya guna stok tersebut sebagai back up sahaja..

Ramai ibu hari ini dalam keadaan keliru. Mereka tak faham kenapa perlu buat macam ni kenapa perlu buat macam tu..Ramai yang terikut-ikut orang hingga 1 tahap mereka sendiri tak tau kenapa mereka kumpul stok terlalu banyak sedangkan suami sendiri ada yang tak izinkan cari anak susuan dan akhirnya berlaku pembaziran.

FAHAMI CABARAN PENYUSUAN ANDA SENDIRI

Dalam menyusukan anak, kita sendiri perlu lakar perjalanan dan kisah kita. Jika kita sendiri memang sentiasa denagn anak (sebagai surirumah) atau bekerja tetapi tiada keperluan untuk meninggalkan anak maka tidak perlulah ikut orang yang kumpul stok terlalu banyak kecuali jika memang ada niat untuk menjadi ibu susuan..

Tapi jika anda ibu yang terpaksa tinggalkan anak dikampung dan hanya jumpa anak seminggu atau sebulan sekali tidak salah untuk mengumpul stok susu ibu perahan bagi keperluan anak sepanjang ketiadaan anda nanti. Atau kerja anda memang memerlukan sentiasa kerja luar dan outstation berhari-hari pada setiap minggu, maka bolehlah kumpul stok lebih untuk keperluan anak sepanjang ketiadaan anda.

PERBAHARUI NIAT

Sedarlah  ibu semua, perbaharuilah niat kita menyusukan anak kerana apa? Adakah kerana mahu jalankan perintah Allah swt atau kerana mahu tunjuk kita hebat kerana berjaya menyusukan anak. Hakikatnya kita bukan menyusu sebab nak lawan siapa hebat siapa tidak tapi kita menyusu kerana perintah Allah. Kerana mahu anak nikmati kasih sayang dan supaya mereka dekat dengan kita. Moga kita sama-sama istiqamah menunaikan amanah ini dgn sebaiknya. in sya Allah..

Sedarlah semua kejayaan dalam penyusuan bukan diukur dari berapa banyak susu yang kita mampu hasilkan tapi berapa lama kita mampu bertahan! Tak perlu banyak kuantitinya tapi yang penting ia cukup untuk keperluan anak! TERUSKAN PERJUANGAN

Sumber: Puan Noorfazila Binti Abdul Rahman

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...