loading...

Ingatkan Lana Masuk Hospital Dah Nak Bersalin, Rupa-Rupanya…

Aktres Lana Nodin yang kini sedang hamil anak kedua dilihat memakai gaun hospital dan memakai tag pesakit pada pergelangan tangan.

Mungkin ramai yang beranggapan Lana sudah pun bersalin,rupa-rupanya dia telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami komplikasi pada kandungannya.

Lana yang sudah memiliki seorang anak perempuan, Gia Quin McKenzie. Lana yang pulang ke Malaysia beberapa hari yang lalu untuk bersalin dan menjalani proses berpantang di tanah air.

Lana memuat naik video dan memberikan penjelasan yang kandungannya mengalami sedikit komplikasi kerana terlalu aktif dan bayi dalam kandungan juga aktif. Isteri kepada Mohd Daud  McKenzie ini juga memohon agar para peminat mendoakan agar dia dapat melahirkan apabila tiba masanya nanti. Lana telah dipantau selama 24 jam sebelum dibenarkan pulang.

lananodinmckienzie MMD&G❤️ terima kasih banyak2 to @rampaiputeri yg menjaga lana dan beri layanan dengan baik dan selesa pada family lana…. Tq so much 🙏🙏Alhamdulillah semuanya selamat dan baik2 belaka dan hari ni dpt discharge setelah di monitor 24 jam….dan harapakan lana doakan lana dan kandungan semoga sihat sampai pada masanya… Amin 🙏🙏😘😘aminnn

Para follower mendoakan agar sihat dan berjaya melahirkan apabila tiba masanya nanti.

Sumber: lananodinmckienzie

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...