loading...

Dr Izzar Kongsi Cara Berpantang Isterinya. Patutlah Ummi Nazeera Cepat Recover Dan Maintain Cantik

Selepas Ummi Nazeera habis pantang, suaminya, Dr Mohd Izzar Anwari berkongsikan cara berpantang yang diamalkan oleh Ummi selepas melahirkan anak sulungnya, Ayra Aneesah secara pembedahan.

Melalui perkongsian di instagramnya, Dr Izzar ada memberi beberapa tip yang sangat bermanfaat untuk ibu yang bersalin ceaser atau normal.

Nak ikut cakap orang ke ikut cakap doktor? Ibu berpantang lepas bersalin ni perlu banyak nutrisi untuk kembali sihat. Kementerian Kesihatan menyarankan amalan pemakanan suku pinggan protein, suku pinggan karbohidrat dan separuh pinggan sayur dan buah.

Protein seperti ikan, daging, telur penting untuk pembaikan tisu badan. Sayur dan buah untuk elak sembelit dan vitamin-vitamin dalam sayur boleh membantu dalam proses penyembuhan luka.

Karbohidrat untuk memberi tenaga kepada ibu. Air juga harus diminum sekurang-kurangnya 3 liter untuk penghasilan susu ibu yang mencukupi.

Senaman ringan atau ambulation pula amat digalakkan terutamanya buat ibu-ibu yang operate ceaser bagi mengelakkan darah beku dalam vena (salur darah).

Tu je pantang doktor-doktor suruh. Tapi kalau orang-orang tua punya pantang memang banyak (bergantung kepada negeri asal).

Belah wife asal Terengganu, belah saya asal Kedah. Jadi banyaklah pantang yang diutarakan oleh belah masing-masing.

Apa yang isteri dan saya buat ialah layan je mana-mana pantang tu, janji menepati saranan Kementerian Kesihatan jugak. Takyah nak tunjuk siapa salah dan betul. Jagalah hati orang-orang tua sambil ikut cakap doktor. Kan bagus. Tapi satu je saya nak cakap, kalau orang tua-tua cakap tak boleh bersenam sepanjang berpantang tu, janganlah sampai 40-100 hari berpantang tu duduk atas katil tak bergerak je.

Saya bawa isteri pergi berjalan kat taman pun ada yang bising. Kalau lepas operate tu tak start bergerak /ambulate, boleh dapat Deep Vein Thrombosis (DVT). DVT ialah darah beku yang boleh pergi ke otak (jadi strok) atau ke peparu (jadi pulmonary embolism) dan dua-dua keadaan tu boleh menyebabkan kematian. Jadi jangan sembunyi belakang alasan pantang untuk cover kemalasan anda.

Sumber: Ig Izzar

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...