Kasihnya seorang ibu, sanggup buat apa sahaja untuk si buah hati. Kalau anak menangis, mesti mahukan ibunya sahaja. Ikuti pengalaman pertama kali Yatt Hamzah terpaksa memangku bayi kecilnya ketika berforum.
Ibu kepada Suci Hanania Malika, 8 tahun, Suci Humaira Iqlima, 1 tahun 10 bulan dan Suci Hayfaa Medina, 6 bulan ini berkongsi tentang pengalaman istimewanya itu di Instagram. anak kecilnya Suci Hayfaa Medina yang turut serta dikatakan menangis sehingga teresak-esak ketika dijaga penjaga iaitu suami dan ibu Yatt sendiri. Sehinggalah si kecil diletakkan di ribaan bondanya, barulah tangisan reda.
Memang benar bayi-bayi boleh mencium bau ibu mereka. Tatkala ibu berada dekat maka mereka akan berasa tenang dan tidak menangis. Berikut ialah perkongsian Yatt;
Dah banyak kali @sucihayfaamedina ikut Bonda pergi forum. Banyak kali tu juga dia meraung menangis teresak2 tersedu sedan dipegang penjaga walaupun abah dan Nenek dia sendiri. Apatah lagi orang lain.
Tapi bila Penganjur terpaksa ambil dan letak atas riba Bonda, terus senyap. Sampai tertidur lena atas pentas tu. Tak berbunyi langsung. Macam tahu2 Bonda sedang kerja, dia tak kacau dah.😅
Tak mau orang lain sungguh bayi BERTUAH ni. Cuma nak ada dg Bonda je..Ada dengan Bonda pasti senyap dan bahagia. Allahuakbar camne lah Bonda nak kerja ni sayang..😂🤣❤️
Ada ibu2 yg lalui benda yg sama ke.. Jom share mcm mana nak atasi benda ni. Kita nk biar dia nangis je mmg x sampai hati. Tp mmg camtu lah dr lahir. Dah dilatih tak angkat sgt, biar je dlm cot lg teruk dia meraung. Tak angkat salah, angkat salah, Bonda jd serba salah..😅
So officially inilah kali pertama forum pegang bayi 6 bulan. Kata Penganjur 1st time panel forum pegang baby masa bercakap. Hehe.. Redha jelah. Anak Solehah Bonda, please remember this forever that you have made a history here
Para netizen memberikan sokongan kepada Yatt, dia tidak keseorang menempuhi cabaran ini.
Sumber: yatthamzah_suci
Penguasaan bahasa boleh dipupuk sejak awal lagi sementelah minda mereka seperti span, menyerap apa sahaja yang dilihat. Ada banyak cara yang boleh dilakukan untuk memupuknya. Kalau nak tahu lebih lanjut, rancangan TV Pa&Ma akan memberikan banyak tips mengenai topik ini dalam episod “ Si Cilik Multilingual.” Kami akan ke udara pada pada Selasa, 9 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.