loading...

Aktiviti Renyuk Kertas Dan Meniup Berjaya Atasi Sikap Anak Suka Gigit Baju, Lambat Cakap

Belum terlambat lagi jika anda sebagai ibu rasa ada kekurangan yang perlu diperbetulkan pada anak apabila rasa perkembangan mereka tak macam kanak-kanak lain.

Cuma bagaimana kita nak pastikan semuanya berjalan lancar adalah kesedaran dari awal dan tak putus usaha. Lagi awal di kesan lagi baik kerana ia dapat memberi satu perubahan positif dalam masa singkat.

Berikut perkongsian dari Puan Wawa Shauqi mengenai masalah dua anaknya yang suka gigit baju dan lambat cakap tapi dah berjaya di atasi dengan melakukan stimulasi yang sangat simple.

Ada satu masa, Ammar yang dah umur 4 tahun kembali dengan habit menggigit baju, menggigit wayar dan memasukkan mainan dalam mulut.

Aqlan pulak waktu tu hampir masuk umur 2 tahun, tapi masih belum ada perkataan yang boleh disebut.

Saya akui waktu tu saya agak sibuk dengan kerja-kerja freelance untuk tumpu kepada aktiviti bersama anak-anak.

Sehinggalah kali pertama ke kelas bersama OT Maryam Jamadi, banyak persoalan saya tentang tingkah laku anak terungkai.

2 masalah yang dihadapi Ammar dengan Aqlan adalah masalah yang berbeza,
tapi ada beberapa pendekatan yang sama saya boleh ambil.

1) Untuk Aqlan, masalah lambat bercakapnya belum masuk ke fasa red flag.
Tapi masih perlukan stimulasi.

Antara stimulasi nya, saya perlu kembali cari aktiviti untuk galakkan komunikasi antara kami, antaranya bercerita dan masak sambil sembang bersama.

2) Baby talk atau sebutan pelat tidak digalakkan sama sekali, kerana pada fasa ini,
anak-anak perlu simpan maklumat sebutan yang betul ke dalam otak mereka.

3) Makanan yang berkhasiat dan seimbang juga digalakkan untuk keperluan perkembangan otak anak, memandangkan 20% tenaga dari badan digunakan untuk aktiviti berfikir, bercakap, memahami percakap dll yang mana ini adalah kerja otak

4) Memilih makanan yang bertekstur keras, chewy dan rangup juga mampu meransang otot pada mulut untuk bekerja lebih selain ia membantu merangsang deria rasa.

5) Untuk Ammar, waktu tu dia mengalami kekurangan ransangan deria rasa type hypo yang menyebabkan dia bertindak seperti mencari kepuasan untuk mendapatkan ransangan dalam mulut.

6) Aktiviti MENIUP adalah SALAH SATU aktiviti yang sesuai untuk digabungkan buat Ammar dan Aqlan pada waktu tu.
Meniup buih, meniup lilin, meniup tangan sendiri dan meniup ‘PAPER CATERPILLAR’.

7) Proses buat ‘paper caterpillar’ ni jugak memberi Ammar peluang melatih otot tangan dan bahu melalui perbuatan menggunting kertas dan melipat.
Untuk Aqlan yang baru berusia 2 tahun, menggunting bukanlah aktiviti yang sesuai. Tapi sebab taknak dia kacau abang, bagi jugak dia pegang. 

Aktiviti yang sesuai untuk Aqlan salah satunya adalah merenyuk kertas. Untuk kita, mungkin renyuk kertas ni macam tak berfaedah. Tapi, cuba kalau Allah buat jari kita ada arthritis atau ada masalah saraf motor.

Bukan ke ianya mencabar untuk kita gunakan jari hanya untuk renyuk kertas. Macam tu la umpamanyaaa. Renyuk-renyuk kertas boleh exercise jari anak kecil tau!

Nak nampak lagi berhasil, lepas renyuk kertas, kita gunakan ia untuk buat kolaj bergambar. Lepas baca, harap cuba.

Sumber: Wawa Shauqi

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...