loading...

“Faham Mereka Dari Dalaman Mereka, Bukan Dari Kedewasaan Kita.”-Farah Lee

Fahami perkembangan kanak-kanak dari dalaman mereka. Namun apa yang berlaku ialah ibu ayah selalu mengambilnya dari sudut pemahaman dari kaca mata seorang dewasa. Farah Lee kongsikan infonya.

Farah Lee kali ini berkongsi tentang fasa perkembangan psikologi kanak-kanak yang tidak suka berkongsi. Natijahnya kanak-kanak pada usia prasekolah kerap dianggap kedekut dan tidak suka berkongsi oleh ibu bapa dan orang dewasa. Ia dijelaskan oleh kajian Thick Description oleh Carsaro 2006 yang dikongsikan oleh Farah.

Keengganan berkongsi oleh kanak-kanak pada usia ini dilihat sebagai ‘protection of interactive space.’ Selalunya kanak-kanak akan memerhati terlebih dahulu dan bermain bersama-sama. Apabila rasa seronok barulah mereka akan mula berkongsi mainan.

Farah Lee kini sedang melanjutkan pengajian peringkat sarjana Childhood Studies di  University of Leeds, UK. Berikut ialah perkongsian Farah Lee;

farahlee_.
Nampak I punya reflection dalam slide tu.? 🙈 One of the slides for my class today. Answering ‘why children refuse to share’. Or bahasa orang kita ‘kedekutnyaaaa’
.
Adult, faham mereka dari dalaman mereka, bukan dari kedewasaan kita.
.
“If we don’t look for them, we can’t find them”. #FLchampioningchildhood

Pelbagai reaksi netizen diterima sama ada bersetuju dan ada juga yang memberikan pendapat tentang sharing atau berkongsi bagi kanak-kanak.

Sumber: farahlee_


Talasemia adalah penyakit kecacatan darah yang diwarisi. Ciri abnormal pada gen menyebabkan hemoglobin dalam sel darah merah menjadi tidak normal. Adakah anda atau ahli keluarga anda pembawa  atau penghidap talasemia tanpa disedari? Siapa yang berisiko untuk mendapat talasemia, apakah tanda-tandanya serta rawatan yang boleh dilakukan kepada penghidap talasemia?

Ikuti rangkuman info mengenai penyakit talasemia dalam rancangan TV Pa&Ma bertajuk ‘Bahaya Talasemia’ yang akan ke udara pada pada Selasa, 16 Oktober 2018 di Astro Prima & Astro Maya HD jam 12 tengah hari dan ulangannya pada 9 malam.

Tinggalkan Komen

Previous
Next Post »
loading...