
SHAH ALAM: Wartawan perlu menjadi pembantu dan pembetul arah kepada barisan menteri Kabinet Pakatan Harapan (PH) dalam era pentadbiran kerajaan Malaysia baharu.
Tokoh Wartawan Negara, Datuk A. Kadir Jasin berkata, sesetengah wartawan mempunyai pengalaman yang lama dalam era media massa berbanding menteri PH yang kebanyakan masih baharu.
A. Kadir yang juga Penasihat Media dan Komunikasi Pejabat Perdana Menteri berkata, beliau tidak mahu wartawan
“Wartawan boleh menjadi ‘guru’ dengan berkongsi pengalaman yang ada pada mereka. Contohnya, di sesetengah kementerian, sidang akhbar dilakukan sebulan sekali, namun tidak dilakukan sekarang, wartawan berhak memaklumkannya kepada menteri atau Setiausaha Akhbar menteri.
“Saya tidak mahu wartawan disekat, diherdik dan dipandang ringan oleh mana-mana menteri politik PH. Malah, saya ingin melihat kedua-dua pihak saling bantu-membantu,” katanya selepas hadir ke Persidangan Serantau Persatuan Komunikasi Antarabangsa anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini hari ini.

Apabila Kepala Betul, Ekor Pun Betul- Tmj ...

More Than 112,000 Debt Management Cases In Last 2 ...

Hanya Untuk Mandi, Jadi Kami Nak Minum Apa? Pe ...

Wanita Dakwa Dipukul Pemandu E-hailing, Marah Kera ...