PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim dan abangnya tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Putrajaya bagi prosiding reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap mereka.
Kedua-duanya tiba jam 9.20 pagi diiringi oleh pegawai SPRM.
Abdul Azeez dan abangnya berada dalam tahanan SPRM sejak 10 hari lalu bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan jutaan ringgit.