loading...

Video : Jamal Tawar Diri Presiden FAS, Untuk Cabar JDT

KELANA JAYA – “Saya menawarkan diri untuk membantu kelab-kelab lebih maju setanding dengan kelab lain terutamanya JDT,”kata Datuk Seri Jamal Md Yunos di hadapan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) di sini, sebentar tadi.

 

Beliau berkata, sekiranya terpilih mengetuai FAS, beliau akan memastikan semua tunggakan gaji pemain dapat diselesaikan dalam tempoh dua minggu, sebagai langkah pertamanya selepas memegang jawatan.

 

“Jika saya dilantik presiden hari ini, tunggakan semalam saya bayar. ,”katanya baharu sahaja menghantar surat secara rasmi menyatakan hasrat menerajui FAS.

 

Tambahnya lagi, Jika beliau diberi mandat, dalam tempoh 14 hari, segala hutang-hutang ini akan diselesaikan dan pihaknya akan menyusun langkah kedua iaitu pelan kewangan FAS untuk jangka masa pendek dan panjang.

 

“Saya tak kata saya calon terbaik tapi sekarang-kurangnya saya datang untuk menawarkan diri kerana permasalahan dan kemelut yang dihadapi FAS. Saya juga tidak meletakkan syarat tapi akan memastikan FAS lebih maju,”katanya.

 

Beliau berkata, bayaran tunggakan penting untuk memastikan semua pemain dan mereka yang terbabit dalam FAS mendapat pembelaan.

 

Katanya, soal kewangan diletakkan ke tempat kedua, sebaliknya kebijaksanaan pengurusan dan tampuk kepimpinan terutama presiden dalam menangani isu berbangkit adalah lebih penting.

 

“Berapa banyak duit sekalipun kalau pengurusan tak baik tak ada gunanya. Kita akan lihat perubahannya nanti. Saya yakin selangor berada di tahap terbaik,”katanya.

 

Ditanya apakah beliau akan meletak jawatan seperti presiden lain yang berhadapan dengan kemelut dalam FAS, Jamal berkata, beliau tidak akan meletakkan jawatan, namun memastikan usaha yang dibuat dengan sebaik baiknya.

 

“Saya juga takkan letak jawatan selepas diberikan jawatan. Jika memegang jawatan ini juga saya akan mencari pelapis baharu di untuk kemajuan bola sepak negeri Selangor,”katanya.- Suarat

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...