loading...

Tindakan Tegas Perlu Diambil Terhadap Penjawat Awam Fitnah Kerajaan – Azalina

KUALA LUMPUR –  Tindakan tegas terhadap bekas atau penjawat awam yang mengeluarkan kenyataan fitnah dan memberi persepsi buruk kepada kerajaan perlu diambil kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata, ini bagi mengelakkan salah faham daripada sumber tidak sah dan juga mengelakkan salah tafsir berhubung keputusan kerajaan.

 
“Di bawah Peraturan 19, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 yang memperuntukkan tiada penyata, komen dibenarkan untuk menerbitkan, bercakap tanpa persetujuan terlebih dahulu daripada menteri bertanggungjawab atau jabatan.

 
“Rasional pelaksanaan peraturan ini adalah bagi mengelakkan salah faham daripada sumber tidak sah dan juga untuk mengelakkan salah tafsir, salah faham berhubung keputusan kerajaan. Peraturan ini terpakai kepada semua kakitangan awam yang masih dalam perkhidmatan,” katanya dalam satu kenyataan media, petik FMT.

 
Tambahnya, penjawat awam bersara daripada perkhidmatan masih tertakluk kepada Akta Rahsia Rasmi 1972 (Akta 88) yang memperuntukkan kesalahan berhubungan pendedahan tidak dibenarkan berkaitan rahsia rasmi.

 

 

“Peruntukan dibawah Akta 88 diwujudkan bagi suatu kesalahan jika seseorang mendedahkan maklumat rahsia rasmi yang diperoleh semasa perkhidmatan selepas bersara.

 

 

“Semua kakitangan kerajaan perlu mematuhi peraturan dan undang-undang yang ditetapkan untuk memastikan tiada salah faham timbul di kalangan orang ramai,” katanya.

 

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...