loading...

Syabas DBKL, Sediakan Bas Sekolah Percuma

KUALA LUMPUR – Sejak hari pertama persekolahan sesi 2017 di Kuala Lumpur, bantuan bas sekolah percuma di seluruh Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di seluruh Wilayah Persekutuan telah disediakan.

 

Langkah ini bagi memudahkan anak-anak penghuni PPR dan PA untuk menggunakan perkhidmatan Bantuan Bas Sekolah Percuma seperti yang disaran Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid pada Ogos tahun lalu.

 

Perkhidmatan Bantuan Bas Percuma yang direalisasikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ini mampu membantu pelajar terbabit dengan hanya memakai lanyard yang dibekalkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) ketika mendaftar untuk menaiki bas sekolah berkenaan.

 

 

Pada tahun 2015, tambang bagi perkhidmatan bas sekolah dinaikkan antara RM5 hingga RM20.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...