loading...

Siti Sarah Akui Salah, Anak Hilang

KUALA LUMPUR – Penyanyi Siti Sarah Raissuddin mengakui kecuaiannya apabila anak keduanya, Zakira Talita Zahra hilang di sebuah pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya, Sarah menceritakan pengalamannya melalui detik cemas tersebut.

“Cinta hati ibu. Semalam satu pengajaran dalam hidup saya. Zakira Talita Zahra hilang di sebuah complex membeli belah di Kuala Lumpur. Ianya hanya perlukan lima saat untuk terjadi.

“Salah ibu ya, saya akui, patutnya ibu ikat anak ibu. Biarlah apa orang nak cakap. Nak kata ikat kucing ke, ikat …… ke, janji anak ibu tak hilang.

“Bila saya tanya Talita cakap, “Talita ikut orang baik”. Walaupun sebelum ni puas saya ingatkan anak-anak supaya jangan ikut orang yang tidak dikenali, tapi mereka hanyalah anak kecil,”katanya.

Tambahnya, dia menyedari dirinya tidak layak untuk memberi peringatan, namun disebabkan melalui pengalaman itu dia berkongsi supaya dijadikan iktibar bagi semua.

 

“Bermula dari kes inilah saya akan mengikat anak saya tanpa saya peduli apa orang nak kata. Janji anak-anak saya selamat. Kalau ada yang jual harness tu tolong bagi tau kat sini. Terima kasih kepada Puan Aisyah staff monorel yang menjaga Talita,” tulisnya lagi.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...