KUALA LUMPUR – Sempena hari pertama persekolahan, kumpulan lawak Sepahtu muncul di Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jalil, bagi menyambut kehadiran murid Tahun Satu.
Anggotanya, Jep atau nama penuhnya Mohd Nadzri Zainal Abidin, 32, berkata beliau dan dua ahli lain, Shuib serta Rahim, begitu teruja menyambut murid sekolah berkenaan, petik BH.
“Kami pula yang teruja menyambut murid sekolah itu, terutamanya melihat ragam murid Tahun Satu.
“Ibu bapa yang hadir pun begitu bersemangat mahu melihat anak mereka memulakan persekolahan. Malah, ibu bapa dilihat lebih ramai daripada murid,”katanya.
Jep memberitahu, mengambil tugas guru sekolah buat seketika untuk menyuntik rasa semangat kepada murid, terutamanya yang baharu melangkah ke darjah satu.
“Biasalah, baru masuk sekolah, ada masanya mereka takut. Selain itu, kami turut memberi kata-kata perangsang dan positif kepada ibu bapa yang bimbang dengan keadaan anak masing-masing,”katanya.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW