KUALA LUMPUR – Pelakon Ruhainies menolak dakwaan sesetengah pihak yang melabelnya sebagai gadis yang sering bertukar-tukar pasangan.
Menafikan dirinya seorang ‘playgirl’ dia menjelaskan dirinya merupakan seorang yang periang dan mudah mesra sehingga mungkin menyebabkan orang yang tidak mengenalinya membuat tanggapan negatif seperti itu, petik Utusan.
“Saya tidak pernah menjalinkan hubungan cinta dengan mana-mana pelakon. Sebelum ini orang gosipkan saya dengan Azrel Ismail, sekarang Asyraf Aley pula.
“Sejujurnya saya masih solo dan tidak mahu memberi fokus kepada cinta. Lagipun jadual saya padat, mana ada masa nak bercinta,” katanya.
Pelakon itu sebelum ini pernah dikatakan bercinta dengan pelakon, Azrel dan pernah terpalit kontroversi didakwa rapat dengan suami orang Yang berstatus Datuk.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW