KUALA LUMPUR – Parti Barisan Jemaah Islamiah SeMalaysia (Berjasa) mengumumkan tidak akan bertanding di kerusi yang ditandingi Umno pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
Timbalan presiden kepada parti rakan sekutu PAS itu berkata dasar terbabit merupakan sebahagian daripada usaha untuk meneruskan kelangsungan dominasi kaum Melayu dalam politik.
“Di mana sahaja Umno bertanding kita akan berundur,” kata Datuk Hasyim Karim kepada Malay Mail Online.
“Kita mahu pastikan dalam Parlimen, Melayu-Islam yang kawal.”
Berjasa pada September tahun lalu menyertai PAS dan Ikatan membentuk blok ketiga pembangkang untuk berdepan PRU14.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW