SHAH ALAM – Hubungan kerjasama antara Pas dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) buat masa kini masih belum mencapai kata putus, kata Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.
Menurutnya, sebelum keputusan dibuat, pihaknya akan meilai kenyataan-kenyataan terdahulu Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung partinya sebelum ini.
“Cerita kami (Pas) dengan Bersatu masih dalam proses rundingan dan parti akan buat keputusan nanti.
“Pas akan menilai kenyataan Mahathir terlebih dahulu. Kami akan sejauh mana untung, rugi atau manfaat untuk Pas,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Pusat Penyelidikan Pas (PPP) menyifatkan kenyataan Mahathir yang tidak memerlukan Pas dalam blok pembangkang menunjukkan ‘ketakutan’ pihaknya sendiri.
Pengarahnya, Dr Mohd Zuhdi Marzuki berkata, Mahathir sememangnya sengaja mengeluarkan kenyataan ini, tetapi bukan kerana ianya memandang rendah terhadap Pas, sebaliknya beliau bimbang dengan pengaruh Pas.
Mengulas lanjut, masih banyak aspek yang perlu diperhalusi sebelum keputusan mengenai rundingan itu dicapai.
“Kami mahu lihat terlebih dahulu, sejauh mana dasar yang dibawa Pas didukung oleh Bersatu.
“Kita harap ahli Parlimen dalam Bersatu sokong perjuangan akta Rang Undang-undang 355 yang kami bawa,” katanya lagi.-Sinar
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW