BANDAR KUWAIT – Sepasang suami isteri dijatuhi hukuman mati selepas didapati bersalah mendera hingga mati anak perempuan mereka yang berusia tiga tahun.
Agensi melaporkan, menurut kenyataan itu lagi, pasangan warga Kuwait itu ditahan Mei lalu dan didakwa memukul dan mendera kanak-kanak perempuan itu sehingga mati serta menyembunyikan mayatnya di dalam peti sejuk selama seminggu.
Salem Burhan, 26 dan isterinya Amira Hussein, 23 didakwa membunuh selepas polis menemui kesan melecur di bahu dan dan kaki mayat kanak-kanak berkenaan. Kementerian turut mengesahkan, pasangan itu adalah penagih dadah.
Ketika ditahan pasangan itu didakwa tidak tahan dengan anak mereka yang sentiasa menangis.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW