loading...

Honda BR-V Dilancarkan Pada Harga RM85,800 Dan RM92,800

KUALA LUMPUR – Honda Malaysia hari ini melancarkan model crossover tujuh tempat duduk, BR-V yang dijual pada harga atas jalan RM85,800 dan RM92,800 sebuah berbeza mengikut varian.

 

Model baharu pertama yang dilancarkan bagi 2017 itu menawarkan dua jenis varian, E Variant dan V Variant dengan kesemuanya dipacu dengan enjin 1.5 liter.

 

Jelas Honda Malaysia, model baharu itu menampilkan beberapa ciri seperti lampu nyalaan siang (DRL) selain, roof rail, penghawa dingin tempat duduk belakang, kawalan kestabilan elektronik selain memiliki taraf keselamatan lima bintang ASEAN NCAP.

 

Jelas syarikat itu lagi, BR-V memenuhi keperluan pengguna khususnya golongan keluarga yang mahukan keluasan tempat duduk dan ruang penyimpanan yang luas serta pada sama mempunyai ciri-ciri prestasi sebuah kenderaan kenderaan utiliti sukan (SUV).

 

Jelas Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Katsuto Hayashi syarikatnya menyasarkan 800 buah model itu mampu dijual dalam sebulan.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...