loading...

Video : Suu Kyi Gelak Besar Baca Soalan Dakwaan Pembersihan Rohingya

KUALA LUMPUR – Pemenang Anugerah Nobel Perdamaian dari Myanmar, Aung San Su Kyi dilihat tergelak apabila membacakan soalan bertulis mengenai dakwaan pembersihan etnik Rohingya di negara berkenaan.

 

 

Ahli pembangkang yang pernah dipenjara di rumah selama 15 tahun itu membacakan soalan dari penonton sewaktu Perjumpaan Rakyat Burma di Singapura pada 1 Disember lepas.

 

 

Soalan tersebut jelas diajukan dari penyokongnya yang menggelarkan Suu Kyi sebagai ‘Ibu’ sambil menggelarkan dirinya sebagai ‘anak’

 

 

“Sebagai anak anda (rakyat), apakah langkah yang boleh diambil dalam meredakan tuduhan ini. Rakyat Burma yang sayangkan dan sanjung Ibu minta Ibu jelaskan pandangan terhadap tuduhan ini.

 

 

“Anak anda yang sayangkan Burma ini telah menyokong anda sejak berumur 8 tahun,

pada 1996”.

 

 

Sejurus tamat membacakan soalan berkenaan, sidang hadirin yang dikatakan berlangsung di Singapura itu ketawa beramai-ramai sambil memberi tepukan gemuruh terhadap Suu Kyi.

 

 

“Kenyataan palsu (pembunuhan etnik Rohingya) ini sudah banyak membantu kerajaan kita. Jika mereka menyanyikan lagu palsu ini, kita nyanyi semula kepada mereka.

 

 

“Akhirnya, apa yang penting adalah kita tidak terpengaruh atau percaya dengan tipu helah ini.

 

 

“Biar saya tekankan di sini, selagi mana rakyat Burma tidak percaya akan penipuan ini, penipuan ini tidak akan menjadi masalah besar – perkara ini sudah menjadi sesuatu yang menjengkelkan,” jawab Suu Kyi-MD

 

Video menyusul.



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...