loading...

Video : Rakaman Video Pembedahan Otak Nazim Othman Jadi Viral

KUALA LUMPUR –  Rakaman video pembedahan otak pelakon Nazim Othman yang dimuat naik menerusi instagramnya menjadi viral di media sosial, sejak dua hari lalu.

 

 

Video yang dikongsinya itu menerima 121 ribu tontonan dan 479 komen.

 

 

Nazim atau nama sebenarnya, Nushrul Alif Othman, 31, menerusi kapsyen tersebut menulis, dia telah menjadi kuat selepas menjalani pembedahan tersebut.

 

 

“Selepas saya telah melalui dan terselamat prosedur craniotomy yang (pembedahan otak) tahun lalu, saya telah menjadi lebih kuat berbanding sebelum ini.

 

 
“Cabaran, ujian-ujian dan halangan dalam kehidupan tidak dapat dielakkan. Kita akan memahami bahawa segala-galanya di sini (dunia) adalah TIDAK KEKAL dan kita akan menjadi lebih tenang menghadapi apa sahaja yang datang,”tulisnya.

 

 

Sementara itu, sebahagian pengikut Nazim yang mempunyai 1.7 juta pengikut di Instagram itu memberikan sokongan dan kata-kata semangat buat pelakon kacak itu.

 

 

Tidak kurang juga ramai yang mengakui berdebar melihat prosedur pembedahan yang dikongsi suami kepada pelakon Bella Dally itu.

 

 

@szlshw :”Eeehh…takutnya nak tengok..”

@nnsuann51 : “Aduuh..kesiannya…”

@upah_rm5_saja : “Alhamdulilah, semoga sihat selalu nazim takutnya tengok adoi naik bulu roma uuuuwwwaaaa huhu

@farazilahrobin : “Thanks to Allah”
@esmeraldasshop : “Syukur semua selamat”

@ezan_shafrinaya : “Allah..ngeri…alhamdulillah di beri semula kesihatan yang baik..”

@farzanah_official : “Huhu ngeri… U are very strong bro! ”

 

 

Sebelum ini, Nazim pernah berkongsi, perkara itu membuatkan dia melihat keadaan sekeliling dengan pemikiran berbeza berbanding sebelum ini.

 

 

Terdahulu, ketumbuhan di antara bahagian mata kanan dan di atas hidung kanannya memerlukan dia menjalani pembedahan besar pada Mac lalu dan ia merupakan ujian yang paling berat yang dialaminya setakat ini.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...