SEPANG – Penumpang sebuah pesawat AirAsia melalui detik cemas apabila tayar kapal terbang yang dinaiki pecah secara tiba-tiba ketika mendarat di Lapangan Terbvang Kuala lumpur 2 (KLIA2) pagi tadi.
Insiden dilaporkan berlaku AK12 milik AirAsia dari Chennai, India itu melakukan pendaratan di Landasan 33, KLIA2.
Ekoran insiden tersebut landasan berkenaan terpaksa ditutup sementara waktu untuk kerja baik pulih.
Syarikat penerbangan tambang murah itu dalam reaksinya di twitter yang dipetik oleh The Edge Markets mengesahkan kejadian tersebut.
“AirAsia mengesahkan bahawa AK12 dari Chennai mengalami tayar kempis setelah mendarat di klia2 pagi ini.
“Semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat dan telah diarahkan keluar dari pesawat. Kami memohon maaf atas ketidakselesaan yang dialami oleh penumpang kami,” kata kenyataan tersebut.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW