loading...

Pelajar Autisme Hasilkan Kotak Perangkap Lemak

SERDANG – Inovasi pelajar autisme dari Sekolah Kebangsaan Taman Tun Aminah, Skudai, Johor; Mohd Hafsyam Othman yang menghasilkan kotak perangkap lemak berjaya memenangi Anugerah Khas Pertandingan Malaysian Agricultural Invention Show (MAgIS) 2016.

 

 

Menurut guru pembimbingnya, Mohd. Firdaus Maskan, Mohd. Hafsyam, 14, mendapat idea tersebut berikutan bapanya yang merupakan peniaga sate mengalami kesukaran membuang sisa minyak.

 

 

“Pelajar ini autisme jadi dia tak dapat bercakap dengan betul. Tetapi sebagai guru pembimbing, saya faham apa yang dia sampaikan.

 

 

“Kami sama-sama cuba selesaikan dengan konsep sains iaitu minyak bersifat ringan. Terdapat tiga asas yang kita gunakan untuk memisahkan sisa kasar seperti bawang, kulit ayam; minyak dan air,” katanya ketika ditemui di Tapak Ekspo Pertanian (Maeps), di sini hari ini.

 

 

Mohd. Hafsyam turut menerima Anugerah Emas kategori sekolah yang disampaikan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Joseph Kurup. Yang turut hadir, Ketua Pengarah Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian (MARDI), Datuk Dr. Sharif Haron.

 

 

Anugerah ini merupakan yang kali tiga dianjurkan MARDI sempena Pameran Pertanian, Holtikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA 2016).

 

 

Tahun ini, MAGiS mengumpulkan 63 penyertaan melibatkan 50 agensi awam, swasta dan individu serta 13 penyertaan dari sekolah rendah dan menengah termasuk dua penyertaan dari pelajar kelainan upaya.-Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...