BBC News melaporkan, langkah itu terpaksa diambil selepas Amerika Syarikat (AS) enggan menggunakan kuasa vetonya untuk tujuan tersebut.

 

Draf resolusi asal yang digariskan oleh Mesir itu pada mulanya ditolak selepas Israel meminta campur tangan bakal Presiden AS, Donald Trump.

 

Bagaimanapun, draf itu diusulkan sekali lagi oleh Malaysia, New Zealand, Senegal dan Venezuela sekali gus memaksa PBB me­netapkan pendirian berhubung isu berkenaan.

 

Langkah PBB itu juga menerima reaksi positif daripada kepe­mimpinan Palestin dengan 14 da­ripadanya menyokong manakala seorang lagi berkecuali.

 

Ketika ini, kira-kira 500,000 penduduk Yahudi tinggal di lebih 140 buah penempatan sejak Israel mengambil alih Tebing Barat dan Baitulmaqdis Timur pada 1967.

 

Semua penempatan itu dibina secara haram di bawah undang-undang antarabangsa meskipun dibantah oleh Israel.

 

Dalam perkembangan ber­kaitan, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menentang resolusi yang disifatkan sebagai antiIsrael dan tidak akan mematuhi sebarang ketetapan yang telah dibuat.

 

“Pentadbiran Presiden AS, Barack Obama juga gagal melin­dungi Israel daripada segelintir pihak di PBB dan kami cuba untuk bekerjasama dengan Trump bagi menghentikan resolusi tidak masuk akal ini,” katanya.

 

Sementara itu, wakil AS ke PBB, Samantha Power memberitahu, resolusi tersebut mencerminkan ‘fakta sebenar’ yang berlaku ketika ini dengan pertambahan penempatan haram yang semakin meningkat.-Utusan