loading...

9 Maut Semasa Menari Hipster

OAKLAND – Sehingga 40 orang dikhuatiri terbunuh dalam kebakaran besar yang berlaku semasa parti tarian hipster di sebuah gudang dekat San Francisco, kata pihak berkuasa kelmarin.

 

 

Beberapa pegawai ber­kata, parti itu tidak sepatutnya diadakan di gudang tersebut di Oakland, Amerika Syarikat (AS).

 

 

Ini kerana, kata mereka, bangunan itu tiada sijil layak menduduki walaupun menjadi tempat tinggal dan bekerja sekumpulan artis seni.

 

 

Tambahan pula, premis itu juga tidak mempunyai sensor pengesan asap dan sistem pancuran air.

 

 

Setakat semalam, sebanyak sembilan mayat telah ditemui.

 

 

Seorang anggota polis, Sarjan Ray Kelly berkata, kira-kira 24 orang yang dilaporkan hilang dalam kebakaran itu telah ditemui.

 

 

Namun, katanya, terdapat sekurang-kurangnya 24 mangsa lagi yang masih

hilang.

 

 

“Kami tidak pasti berapa ramai mangsa yang mati di dalam bangunan ini,” tambahnya.

 

 

Ketua Jabatan Bomba Oakland, Teresa Deloach pula memberitahu, keba­nyakan mereka yang maut dalam kebakaran sekitar pukul 11.30 malam (waktu tempatan), Jumaat lalu itu dipercayai menemui ajal di tingkat atas bangunan dua tingkat tersebut.

 

 

Gudang itu dikenali sebagai Kapal Hantu Oakland.

 

 

Bumbung dan sebilangan bilik haram yang dibina di dalam gudang itu runtuh dalam kebakaran tersebut

 

 

Punca kebakaran tidak dapat dipastikan tetapi parti tarian itu disertai oleh antara 50 hingga 100 orang.

 

 

Kebakaran itu disifatkan bencana paling dahsyat di Oakland sejak gempa bumi Loma Prieta di utara California membunuh 63 orang pada 1989. – AFP/Kosmo

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW

Previous
Next Post »
loading...