KUALA LUMPUR – UMNO sudah bersedia untuk menghadapi Pilihan Raya Umum- 14 (PRU14) nanti.
Ketua Penerangannya, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO bercadang mengadakan mini konvensyen bertujuan memperkukuhkan jentera penerangannya di seluruh negara dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14, menjelang Perhimpunan Agung Umno 2016 bulan depan.
“Pada tahun ini sedang menyelidik kekuatan mekanisma jentera penerangan dan diangkat kepada satu level yang lebih tinggi sebagai satu persiapan kita dalam menghadapi pilihan raya dalam penuh siap siaga.
“Jesteru sebagai satu prelude kepada perhimpunan agung pada tahun ini, kita akan mencadangkan kepada Jawatankuasa Pengurusan akan diadakan satu mini konvensyen kita akan membuat persiapan mensiap siagakan jentera penerangan,”katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Biro Penerangan Umno di sini, hari ini.
Menurut Annuar, pihaknya sedar UMNO berdepan kempen politik kebencian dan ada pihak cuba menjatuhkan presiden, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan melibatkan pelbagai pihak dalam dan luar negara.
“Jentera Umno akan mengambil kira semua ini untuk membuat persiapan dengan mengambil kira senario baharu ini. Itulah yang menjadi cabaran kepada gerakan penerangan masa kini dan kita tidak akan berpeluk tubuh,” katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW