KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, UMNO juga perlu terus berusaha memperkukuhkan parti dalam menghadapi senario politik yang mencabar masa kini.
Beliau berkata, usaha perlu dibuat untuk mengikis tanggapan bahawa pemimpin Umno sentiasa berada dalam zon selesa.
“Ada yang mendakwa UMNO duduk di zon yang selesa. Beginilah, kalau umum menganggap ia adalah begitu, kita hanya menerima secara positif. Kita tak boleh hanya marah orang yang menuduh, tetapi baiki dan perbetulkan diri kita.
“Jika itu tanggapan awam, saya dan semua (jentera) akan keluar daripada zon selesa,”katanya di PWTC disini, hari ini.
Terdahulu, beliau bercadang mengukuhkan pengurusan perhimpunan agung supaya jentera penerangan parti dapat memperkenalkan modus operandi penerangan baharu untuk kefahaman masyarakat.
Beliau turut berkongsi pengalamannya melawat Sekolah Menengah Persendirian Chong Hwa, Jalan Ipoh hari ini bagi mengetahui dengan lebih lanjut isu berkaitan isu Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).
Beliau berkata, perbincangan berterusan perlu dilakukan bersama pihak yang berkaitan supaya isu berkenaan menemui jalan penyelesaian.
Katanya, kebajikan masyarakat Cina di negara ini sentiasa diberi perhatian. -SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW