loading...

Video : Negara Perlu Ada Undang-Undang Kawal Dana Politik – Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, akan ada campur tangan kuasa luar jika tidak menyemak dana politik dalam negara.

 

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai isu dakwaan kemasukan dana asing yang membiayai dana politik dalam negara.

“Ini adalah satu daripada sebab kenapa UMNO dan BN mahu adakan satu undang-undang untuk mengawal kemasukan dana tersebut.

 

“Pihak pembangkang pula tidak mahu ada undang-undang untuk menyemak dana politik ini. Soalnya, adakah kita akan terus membuarkan begini? Ini membolehkan adanya kuasa luar untuk campur tangan melalui pembiayaan kemudian akan menyebabkan kedaulatan negara terancam dengan campur tangan tersebut,”katanya di PWTC disini, hari ini.

 

Annuar berkata, negara perlu menggubal undang-undang bagi mengawal, menyelia tentang dana politik ini.

 

 

Terdahulu, beliau bercadang mengukuhkan pengurusan perhimpunan agung supaya jentera penerangan parti dapat memperkenalkan modus operandi penerangan baharu untuk kefahaman masyarakat.-SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...