KUALA LUMPUR – Majlis Jalinan Muhibbah Malaysia, MJMM dan Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia IRIMM hari ini membuat laporan polis berhubung dakwaan bahawa BERSIH ada menerima pembiayaan daripada George Soros.
Presiden MJMM Abdul Rani Kulup Abdullah dan Presiden IRIMM Amir Amsaa Alla Pichay memberitahu pemberita, mereka mahu polis menyiasat perkara itu.
“Penglibatan orang luar iaitu George Soros, yang membiayai kos BERSIH di dalam negara ini. Ia amat mengejutkan kerana boleh mendatangkan kontroversi yang sangat besar di negara ini.
“Tujuan kami membuat laporan polis untuk menggesa PDRM, SKMM, Bank Negara dan khususnya negara Malaysia, menyiasat kesahihan dakwaan yang mengatakan George Soros terlibat dalam perkara ini,”katanya di temui di perkarangan IPD Dang Wangi Di sini, petang tadi.
Sementara itu, Jaringan Melayu Malaysia, JMM turut membuat laporan polis terhadap individu yang didakwanya terlibat secara langsung dengan George Soros untuk guling kerajaan negara ini.
Presidennya, Azwanddin Hamzah, berkata beliau turut menyerahkan 24 helaian dokumen sulit kepada polis mengandungi bukti sahih pembabitan mereka membiayai melalui dana kewangan kepada BERSIH untuk tujuan tersebut.
Beliau turut menggesa polis menyiasat segera perkara ini.
Dalam perkembangan sama, Exco Pemuda UMNO, Ibdillah Ishak turut membuat laporan polis berhubung pendedahan oleh aktivis Open Society Foundation (OSF) diterajui George Soros, mempunyai ‘kepentingan peribadi’ untuk menjatuhkan kerajaan BN.
“Ia perlu dipandang serius oleh rakyat Malaysia kerana ia seolah-olah ada campur tangan asing dalan urusan politik tanah air. Mereka yang menerima wang itu adalah satu pengkhinatan,” katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW