loading...

Raja Bomoh Mahu Buat Ritual Batang Pancing, Bantu Awie Pulih Dari Santau Mayat

KUALA LUMPUR – Individu yang menggelar dirinya sebagai Raja Bomoh Sedunia, Datuk Mahaguru Ibrahim Mat Zin hari ini menawarkan khidmatnya bagi membantu penyanyi rock dan pelakon terkenal tanahair Awie.

 

Raja Bomoh ketika menghubungi SuaraTV sebentar tadi mendakwa Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman, 48 terkena santau mayat.

 

“Datuk tahu siapa yang menghantar ilmu hitam itu tapi biarlah ia menjadi rahsia kerana apa yang penting sekarang ialah mengubati penyakit tersebut.

 

“Apa yang boleh Datuk katakan orang yang menghantar santau kepada Awie ini bukan calang-calang kerana antara bahan yang digunakan ialah abu mayat,” ujarnya.

 

Menurut Raja Bomoh antara pendekatan yang akan digunakan dalam ritual tersebut batang pancing bagi menarik keluar ilmu hitam yang berada di dalam badan Awie.

 

“Datuk akan menghubungi Awie untuk mendapatkan persetujuannya memulakan ritual tersebut bagi membantu memulihkan penyakit yang dihadapinya itu.

 

“Batang pancing yang telah dibacakan ayat suci Al-Quran akan digunakan bagi menarik keluar semua bahan yang telah dimasukkan ke dalam badan beliau,” ujarnya lagi.

 

Awie sebelum ini mendakwa masalah kesihatan dihadapinya sejak sekian lama itu berpunca dari ilmu hitam yang dihantar oleh pihak tertentu dan sehingga kini masih dalam proses rawatan kerana belum sembuh sepenuhnya

 

Beliau yang mula mencipta nama sebagai penyanyi dengan Kumpulan Wings sekitar penghujung tahun 1980-an berkata, ekoran masalah yang dialaminya telah menyukarkan aktiviti hariannya. – SuaraTV



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...