KUALA LUMPUR – Dua orang ahli parlimen dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dikatakan bergaduh sesama sendiri ekoran pangkat Datuk dalam satu kejadian baru-baru ini.
Menurut sumber yang dihubungi SuaraTV sebentar tadi, insiden itu berpunca apabila ahli parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tidak berpuas hati dengan pengurniaan darjah kebesaran yang diterima ahli parlimen Kuala Langat, Datuk Abdullah Sani Abdul Hamid.
“Lepas dapat tahu Abdullah Sani dapat pangkat Datuk dari Pulau Pinang, Zuraida terus telefon dan marah-marah sebab tak puas hati.
“Dia tak puas hati sebab dah tiga kali buat permohonan untuk pangkat Datuk tapi masih tak lepas, tapi Abdullah baru sekali mohon terus dapat,” kata sumber tersebut yang enggan mendedahkan identitinya itu.
Sumber itu terut mendakwa, Abdullah bagaimanapun enggan memanjangkan isu tersebut kerana menyifatkan tindakan Zuraida itu sebagai tidak matang.
Abdullah yang juga merupakan pemangku presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menerima Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) sempena sambutan ulang tahun ke-78 Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas Ogos lalu. – SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW