KUALA LUMPUR – Ketua gerakan Baju Merah V2, Datuk Seri Jamal Md Yunos sekali lagi membuat laporan polis berkaitan isu dana BERSIH yang dibiayai kuasa asing.
“Kami rasa apa yang kami perjuangkan selama ini telahpun mendatangkan hasil dan kejayaan apabila mendapat tahu dana-dana yang digunakan oleh BERSIH dan juga pada perhimpunann akan datang ini jika mereka jadi buat, telahpun terjawab iaitu dananya daripada kuasa luar, George Soros.
“Jadi saya tak perlu nak menyatakan siapa itu George Soros, daripada budak-budak yang lahir pada tahun 1998 pun dah kenal Soros sehinggalah sekarang. Jadi beliau ini adalah seorang penyangak matawang, yang banyak membunuh manusia di dalam dunia ini.
“Dan beliau menggunakan hasil samunan tersebut hariini membiayai kumpulan BERSIH ini melalui yayasan beliau. Iaitu yayasan OSF yang mana lebih USD800 juta disalurkan melalui yayasan ini dan beberapa lagi yayasan lainkepada gerakan untuk menumbangkan kerajaan secara haram ini.
“Kita dah buat laporan banyak kali dan daripada 3 tahun lepas, tahun lepas juga saya ada buat laporan polis, minta polis siasat daripada manakah mereka ini mendapat dana dan hari ini telah pun terjawab daripada manakah mereka dapat dana mereka,”katanya di hadapan IPD Dang Wangi disini petang tadi.
Beliau turut berharap pihak berkuasa, kerajaan dan juga Bank Negara mengambil tindakan yang tegas terhadap mereka ini.
“Mengambil tindakan dengan apa jua undang-undang untuk membekukan semua aset-aset mereka dan pemimpin-pemimpin mereka, supaya kita tidak mahu campur tangan asing ini boleh mengganggu gugat kerajaan yang sudah terbukti stabil semenjak merdeka sehingga kini,”katanya.-SuaraTV
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW