Kuala Lumpur- Kelibat seorang peserta Bersih 5.0 yang memakai topeng bakal Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ternyata berjaya mencuri perhatian ramai termasuk pihak media.
Lelaki itu yang juga memakai baju kuning ditemui di sekitar menara berkembar Kuala Lumpur, yang merupakan lokasi terakhir perhimpunan Bersih 5.0 siang tadi.
Orang ramai serta peserta Bersih 5.0 juga tidak mahu ketinggalan untuk bergambar bersama ‘Donald Trump’ itu.
lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW