loading...

Farid ‘Suami Terbaik’, Kata Diana Danielle Selepas Ke Mahkamah Syariah

PUTRAJAYA ― Tindakan pelakon Diana Danielle hadir ke mahkamah syariah hujung bulan lalu tidak mengundang kemarahan suaminya malah dijadikan peluang bermuhasabah diri.

 

Pelakon Farid Kamil berkata apa yang dilakukan Diana itu umpama asam garam yang perlu dilalui pasangan rumah tangga yang kerap dilanda ujian.

 

“Saya tidak menegur atau tidak marah [Diana] kerana dalam setiap perkahwinan harus ada muhasabah diri dan perbincangan antara kami harus terbuka.

 

“Ia ibarat satu detik yang perlu dilalui untuk kenal situasi yang sebegini.

 

“Kami masih gembira dengan perkahwinan kami, secara tidak langsung ia menambahkan kemanisan dalam perkahwinan,” katanya semasa Anugerah Skrin 2016 di sini malam tadi.

 

Diana, 25, awal bulan ini mengesahkan hadir ke mahkamah syariah, namun tidak menceritakan butiran terperinci.

 

Katanya, lumrah dalam perkahwinan pasangan dilanda ujian dan mereka juga tidak terkecuali menerima tempias itu.

 

“Perkara itu memang benar, tetapi untuk apa, ia terlalu peribadi untuk dinyatakan.

 

“Usia perkahwinan kami masih terlalu muda. Empat tahun berkahwin belum cukup untuk saya dan suami mengenali satu sama lain secara mendalam.

 

“Kadang kala, perselisihan yang berlaku menyebabkan saya terlebih emosi,” kata Diana seperti dilaporkan Berita Harian.

 

Farid, 33, berkata sebagai selebriti, rumah tangga mereka tidak terlepas daripada menjadi perhatian peminat dan masyarakat.

 

Katanya, walaupun Diana mengesahkan hadir ke mahkamah syariah namun ia harus dilihat dengan konteks yang lebih terbuka.

 

“Mahkamah bukan tempat untuk putuskan segalanya tetapi mahkamah juga tempat kita mendapatkan maklumat tentang perkahwinan sebab pakar-pakar ada di sana.

 

“Itu perkara biasa. Apa pun yang terjadi terhadap kami sudah tentu menjadi perhatian ramai. Jadi itu dapat diterima,” katanya.

 

Diana yang bersama Farid malam tadi menyatakan kesyukuran perkahwinan mereka masih dapat diselamatkan.

 

Katanya, Farid seorang suami yang baik dan banyak mengajarnya tentang erti hidup.

 

“Saya bersyukur Farid terbuka untuk berjuang dalam hubungan ini. Dia suami terbaik saya.

 

“Dia mengajar saya tentang kehidupan dan dia seorang yang sangat penyabar. Normal berdepan halangan dalam usia perkahwinan seperti ini.

 

“Kembali kepada Tuhan dan keluarga, syukur kami bersatu kembali. Saya harap pasangan yang baru kahwin sedar tidak mengapa harungi perkara seperti ini,” katanya.

 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan dikurniakan dua cahaya mata: Muhammad, 3, dan Nur Aurora, setahun. – MalayMail



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...