loading...

Siti Saleha Bertunang

KLANG – Aktres jelita, Siti Saleha Baharom, 26, selamat melangsungkan pertunangan dengan kekasih hatinya, Lutfi Azhar, 30, Selepas lebih setahun menjalinkan hubungan cinta.

 

Memetik laporan BH, majlis pertunagan itu dibuat secara tertutup di kediaman keluarganya di Bandar Puteri, di sini, pada jam 11 pagi, kelmarin.

 

Lutfi, seorang pegawai kerajaan, hadir bersama rombongan keluarganya menyerahkan lima dulang yang dibalas lima dulang oleh pihak perempuan.

 

“Saya mahukan majlis pertunangan yang ringkas dan tertutup. Disebabkan itulah, saya hanya mengundang ahli keluarga dan kenalan rapat saja.

 

“Bukan mahu menyorok hari bahagia, tetapi ini hanya majlis pertunangan. Saya mahukan ruang peribadi untuk keluarga,” kata aktres yang pernah diangkat Pelakon Filem Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) pada tahun 2013 dan 2014 itu.

 

Saleha memberitahu, dia dan Lutfi saling jatuh cinta apabila mula rapat sejak setahun lalu.

 

“Sebelum ini, saya hanya dengar namanya melalui teman selama dua tahun. Apabila diperkenalkan, bermula sebagai kenalan biasa, lama-kelamaan apabila kerap bertemu, hubungan kami mulai rapat.

 

“Saya tidak sangka, Lutfi melamar saya ketika kami menghadiri majlis perkahwinan teman baiknya di Cancun, Mexico, Julai lalu. Sejurus selepas dilamar, rombongan lelaki menyusul datang merisik.

 

“Hari ini, kami bertunang pula. InsyaAllah, kami akan melangsungkan perkahwinan tahun depan,” katanya.

 



lagi info di : MALAYSIA TRENDING NOW
Previous
Next Post »
loading...